LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, October 15, 2011

Resepi Kek Coklat Paling Sedap



Assalamualaikum
Ok, time for some chocolate cake! Wah rajin pulak murny buat kek sejak 2 menjak nie. Kalau tak kerana teringin sangat nak makan + kebosanan terlampau malas juga nak buat. 
Kali nie murny cuba resepi baru. Ternyata tak sia2 cuba resepi nie. Seriously kek coklat nie the best pernah murny try.
Coklatnya memang terasa tambah pulak dengan coklat ganache yang pekat berkrim. Punya la sedap. Susah nak terangkan.
Bagi kat hubby bawak bekal pergi keje 2 tupperware kongsi ngan kawan2. Dia cakap kawan2 semua suka, cakap kek coklat nie sedap.
Habis licin.
Kawan murny Anum yang dah try resepi nie pun kata sedap.
Glad they like it :)
kek yang baru buat tadi

Sumber: My Resepi (fendi75)


Bahan-bahan ( loyang 9 inci )

  • 2 biji telur
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula perang
  • Bahan A
  • 1 sudu kecil vanila
  • 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
  • 1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
  • Bahan B
  • 2 sudu kecil sodium bicarbonate
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 2 cawan tepung gandum
  • ==============================
  • ** Topping **
  • 1/2 cawan koko van hauten
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar minyak masak

Cara-cara

  1. Pukul telur hingga kembang
  2. Masukkan gula dan pukul lagi
  3. Kemudian masukkan minyak masak
  4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
  5. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
  6. Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk

kek yang buat bagi kat kawan2 hubby


Domo arigato :)

0 Comments: